Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kerja

Sampai bila?

Sejak 25/8/2023 hingga 25/9/2024, pelbagai jenis kerja telah aku pohon dan cuba. Kebanyakan kerja-kerja ini aku pohon daripada laman sesawang MyFutureJob , Jobstreet , Facebook dan MauKerja . Sebelum ini, aku merupakan seorang Pegawai Perhubungan Pelanggan di Syarikat Air Johor (SAJ) RANHILL SAJ Larkin, Johor Bahru . Aku telah berkhidmat di sana bermula dari November 2011  hingga 25 Ogos 2023 .  Mengapa aku berhenti? Duit kerja lebih masa (OT) yang aku dapat selalu tak cukup. Pihak kewangan bayar tak cukup. Bukan aku seorang sahaja. Hampir semua mengalami sebegini. Apabila dipohon pindah ke daerah Pontian, pihak atasan ku iaitu En Sharin Abd Jalil serta En Reza tidak benarkan. Ada saja alasan mereka.